Nadi X Mahir - Rakaman Forum Mahir Terbuka Intake 4 Sesi Julai 2026

8 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2026, hari Selasa, para peserta telah mengikuti Forum Mahir Bersama Komuniti melalui sesi tontonan rakaman yang diadakan di NADI Bengoh menggunakan laman sesawang Mahir Training System (MTS). Sesi tontonan rakaman tersebut bermula pada jam 2.00 petang bagi memberi peluang kepada peserta mengikuti perkongsian ilmu yang telah disediakan.

Forum ini menghimpunkan pelbagai bidang kemahiran di bawah inisiatif Mahir, termasuk Mahir Pertanian Pintar, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet, Mahir Masak, serta pengenalan kepada program baharu Mahir Microsoft dan Mahir Prompt Engineer. Peserta berpeluang memahami hala tuju program serta manfaat yang ditawarkan kepada komuniti.

Selain penyertaan di NADI Bengoh, seorang peserta turut mengikuti sesi tontonan rakaman forum ini dari rumah sendiri, menunjukkan komitmen dan minat terhadap pembelajaran secara dalam talian. Pendekatan ini membolehkan lebih ramai peserta mengakses kandungan mengikut kesesuaian masa dan lokasi.
Diharapkan perkongsian melalui Forum Mahir Bersama Komuniti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peluang pembelajaran yang disediakan oleh NADI serta menggalakkan penyertaan dalam pelbagai kursus kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehpasaran komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali